Layar Liar ialah siri dokumentari 'online' 52 episod dalam Bahasa Malaysia tentang hidupan liar Malaysia, alam semula jadi, serta individu-individu yang melindunginya.
la merupakan platform maklumat dan sumber alat bantuan pendidikan yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar-pelajar sekolah, untuk memupuk kesedaran dan rasa cinta kepada kekayaan khazanah alam kita.
Seperti pepatah Melayu - "tak kenal maka tak cinta". Kini, dengan keadaan alam semula jadi yang lebih terancam dan risiko kepupusan spesies, pendidikan dan kesedaran terhadap kepentingan biodiversiti dalam kelangsungan hidup di bumi adalah sangat kritikal.